这是在SSM下载的资料,总归来说,如果你申请Sole Proprietor/Partnership/SDN.BHD. 的期限超过三年,就可以有10%折扣:
LEBIH 4.9 JUTA SYARIKAT DAN PERNIAGAAN AKAN
MENIKMATI FAEDAH PENGURANGAN
DAN PENEPIAN FI YANG DITETAPKAN
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini mengumumkan pengurangan sementara fi antara 10% - 15% bagi fi yang ditetapkan selama satu tahun bagi pemerbadanan syarikat, peningkatan modal dibenar, pendaftaran perniagaan (i.e. milikan tunggal dan perkongsian) dan pembaharuan perniagaan.
SSM turut memberi penepian (waiver) fi langganan bagi perkhidmatan e- lodgement Syarikat dan Perniagaan selama satu tahun. Pelaksanaan pakej ransangan ekonomi oleh SSM ini akan berkuatkuasa mulai 01/04/2009 hingga 31/03/2010 sebagai langkah menyokong kedua-dua pakej rangsangan ekonomi Kerajaan yang telah diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini.
Perlaksanaan pakej rangsangan ekonomi SSM ini dijangka akan memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat dan perniagaan yang sedia ada dan yang bakal ditubuhkan. SSM menjangkakan sebanyak 42,000 syarikat baru akan diperbadankan dan 320,000 perniagaan didaftarkan. Pengurangan fi bagi peningkatan modal dibenar dan pembaharuan pendaftaran perniagaan ini juga dijangka dapat memberi manfaat kepada 839,000 syarikat dan 3.7 juta perniagaan yang telah berdaftar bersama SSM. |